Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor -Kenyataan Akhbar Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

482
SHARE

Isu Air Selangor : Akauntibiliti Dipersoal

Firman Allah swt,

أَوَلَمۡ یَرَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوۤا۟ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ كَانَتَا رَتۡقࣰا فَفَتَقۡنَـٰهُمَاۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَاۤءِ كُلَّ شَیۡءٍ حَیٍّۚ أَفَلَا یُؤۡمِنُون

[Surah Al-Anbiya’ 30]

Maksudnya, ” .. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor amat kesal dengan kejadian pencemaran Sungai Selangor buat kali ke 5 pada tahun ini.

Difahamkan bahawa kejadian pencemaran ini berpunca daripada aktiviti industri yang tidak bertanggungjawab dan pernah dikenakan kompaun berjumlah RM 60 ribu, namun kelihatan kompaun sebegini langsung tidak diendahkan dan juga tidak mengambil pengajaran.

Kejadian pencemaran ini sudah menjejaskan lebih 1 juta pengguna air yang datang daripada loji air yang terjejas dengan aktiviti pencemaran ini.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor juga turut bersimpati dan merasakan hak kepentingan masyarakat awam wajib diberi keutamaan dan pembelaan yang bersifat dhoruriy (amat penting) tambahan lagi ia melibatkan air yang merupakan sumber kehidupan.

Air adalah diantara 4 elemen penting kehidupan selain udara, tanah dan cahaya matahari atau api. Maka ia tidak seharusnya menjadi bahan yang boleh dipertaruhkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada perasaan kemanusiaan.

Justeru itu, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor mendesakan tindakan lebih tegas pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap pihak yang bertanggungjawab tanpa sebarang lagi tolak ansur agar ia menjadi pengajaran efektif kepada pihak lain pada masa akan datang.

Rakyat Selangor mempunyai hak untuk mempersoalkan ketelusan dan juga keberkesanan beberapa tindakan dan kebertanggungjawaban samada di pihak Kerajaan Negeri Selangor dan juga pihak industri yang selama ini mengaut keuntungan jutaan ringgit tetapi mengabaikan hak kemanusiaan dan kehidupan rakyat.

#SelamatkanAirSelangor

“Islam Memimpin Perpaduan”

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

5 September 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor