Home Berita PAS Selangor

DARI JENDELA Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor | Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi – Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-63 Tahun 2020

520
SHARE

“MALAYSIA PRIHATIN”

Firman Allah SWT di dalam Al Quran, Surah Az Zumar ayat 9 yang bermaksud :
“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.

Alhamdulillah, Negara tercinta kita, Malaysia hari ini berusia 63 tahun terbebas daripada
pengaruh penjajahan kolonial yang begitu rakus menjarah negara-negara lemah untuk
merampok hasil mahsul selain mengembangkan empayar kekuasaan mereka. Kini tindakan mempamerkan kekuatan sesebuah negara seperti zaman barbarik dahulu tidak dapat diterima oleh masyarakat masa kini yang telah menjadikan ilmu pengetahuan sebagai senjata utama untuk menguasai sesebuah negara dan rakyatnya.

Imam As_Syafie ada menyatakan bahawa : “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ilmu.” Inilah peringatan yang telah dilupakan oleh kebanyakan umat Islam masakini.

Kita telah melihat umat Islam masakini telah ketinggalan di dalam pelbagai aspek disiplin Ilmu sehingga terpaksa berkiblatkan dan bergantung kepada negara bukan umat Islam untuk mengambil hikmah ilmu tersebut. Kini lepasan Harvard University, University of Oxford, Stanford University , Yale University malahan National University of Singapore lebih dikagumi dan dibanggakan berbanding lepasan Universiti Al Azhar apatah lagi
Universiti Malaya.

Oleh itu bersempena dengan hari keramat Kemerdekaan Malaysia ke 63 pada hari ini, marilah kita bersama-sama membina semula negara kita menjadi negara umat Islam yang cakna dan prihatin terhadap pemerkasaan Ilmu Pengetahuan dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tertinggi agar kita dapat melahirkan generasi ilmuan yang akan dapat bersaing sepentas dengan graduan negara-negara maju yang lain.

Umat Islam tidak perlu merasa rendah diri dan hidup dalam kepompong kegelapan lagi tetapi perlu bersaing untuk merebut dan meraih kembali hikmah-hikmah
ilmu agar mendapat kemuliaan dan kebaikan seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang
bermaksud : “Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itumaka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat mengambilpengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Surah al-
Baqarah, ayat 269)

YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sijangkang

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

12 Muharram 1442 H | 31 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor