Leftenan Adnan :
Anak Selangor Perintis Perjuangan Kemerdekaan Negara (Siri – 3)
Perjuangan Dan Pertahanan Di Pertempuran Bukit Candu
Sekalipun kemerdekaan negara disambut pada tanggal 1957. Namun perjalanan perjuangan kemerdekaan itu ditebas oleh generasi terkemudian. Tidak juga terkecuali rakaman tragedi tragis pertempuran di Bukit Candu pada 14 Februari 1942 menjadi sejarah yang terpahat kemas. Bertahan dan berlawan kemaraan imperialis Jepun yang menjarah bumi Malaya.
Leftenan Adnan dan 42 askar platun Rejimen Askar Melayu berjuang dengan jiwa dan raga. Bersenjatakan hanya bayonet saat bertahan sehingga akhir apabila kehabisan peluru semasa pertempuran di Permatang Pasir Panjang yang juga dikenali Bukit Candu.
Leftenan Adnan Saidi menentang tentera Jepun di Singapura menjadi tanda aras keberanian anak melayu. Walau saat getir dengan jumlah askar yang berkurangan akibat terkorban, peluru yang hampir habis, tipu helah Jepun yang memakai pakaian Askar Punjab untuk menyamar, namun berbekalkan semangat juang yang tinggi mengakibatkan ramai askar Jepun terbunuh dan memaksa mereka untuk berundur.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor