Pernah naik kapal terbang?
Apa kita buat bila kapal terbang bergegar kuat??
Terus tengok movie? Tempah makanan?
Santai makan kuaci? Terus sambung tidur??
“Jangan engkau terlalu memikirkan tentang payahnya keadaan dirimu, akan tetapi fikirkanlah akan kekuasaan Allah yang menjadi tempat kebergantunganmu itu.”
Ye, saya amat yakin,
Dalam keadaan sedemikian rupa,
Pasti mulut kita akan berzikir pada Allah,
Apa sahaja ayat yang kita hafal,
Baik doa makan mahupun doa tidur,
Kita akan baca..
Ketika itu pergantungan kita hanya pada Allah,
Amat mengharapkan agar Allah menyelamatkan kita, berdoa agar kapal terbang segera stabil..
Maka begitulah seharusnya kebergantungan kita kepada Allah, walau dimana @ situasi apa pun kita berada yakinlah kepada Allah..
Hanif J
Pernah rasa hilang nafas apabila tiba² flight menjunam ke bawah…
Sumber terjemahan Abdul Aziz Al ‘Arabiy
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor