Alhamdulillah selesai sudah Majlis Makan Malam Penghargaan dan Terima kasih meraikan seluruh jentera NGO yang bekerjasama dan Agensi serta Lujnah dibawah PAS Negeri Selangor.
Jumlah yang telah dikumpul adalah sebanyak RM1.9 Juta dan disumbang kepada Frontliner Negara dan Masyarakat yang memerlukan akibat wabak Covid-19.
Tahniah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Papisma Selangor, dan Khidmat Malaysia Kawasan Gombak yang telah diberi Anugerah Khidmat terbaik mengikut kategori masing2. Cenderahati khas diberikan kepada seluruh jentera Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor atas sumbangan mereka menyediakan PPE kepada Frontliner.
Penghargaan ini tidaklah setanding sumbangan yang diberikan oleh NGO-NGO dan KM Kawasan yang telah membantu rakyat dan negara sepanjang PKP lepas, namun ia adalah satu tanda terima kasih kami Mewakili seluruh kepimpinan PAS Negeri Selangor buat semua jentera Khidmat Malaysia.
Terima kasih Ustaz Noor Najhan Salleh, Abg Mohamad Jan dan pimpinan KMNS atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk kami terus berkhidmat pada rakyat. Terima kasih juga pada Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil yang sudi hadir meraikan pertugas dalam Majlis tadi.
Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor