Oleh: Fadilah Nordin
21 Ogos 2020
KOTA KINABALU : Dewan Muslimat PAS Malaysia menziarahi adik Ahmad (2 Bulan) yang diwakili oleh Dr Uyun binti Malek, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, kelmarin.
Adik Ahmad yang mengalami komplikasi paru-paru dan jantung bengkak merupakan anak kepada pasangan Faizal Bin Badwi serta Nurul Najwa Binti Sari yang mana bapanya masih belajar dan hanya mendapat pendapatan melalui kerja sendiri sementara ibunya seorang guru yang mana kedua-duanya berasal dari Sabah.
Kedua pasangan ini tidak mampu untuk membiayai kos pembelian alat bantu pernafasan anak mereka yang dianggarkan bernilai sepuluh ribu ringgit.
Semasa ziarah tersebut sumbangan berjumlah 15 ribu ringgit Malaysia hasil kutipan LKK DMP Negeri Sabah daripada sumbangan orang ramai disampaikan kepada ibu Ahmad.
Dr. Uyun memohon kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan adik Ahmad segera sembuh dan boleh bernafas seperti biasa tanpa perlu bantuan mesin.
Turut hadir semasa ziarah tersebut adalah Huda binti Nordin, Penolong Setiausaha, LKK DMPM.