Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Hadir Ke Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Negeri Selangor

846
SHARE

Cheras, Selangor | 21 Ogos 2020

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah hadir ke Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Kali ke-32 bagi memberi sokongan dan dokongan kepada sayap perjuangan PAS di Negeri Selangor ini.

Kehadiran delegasi diketuai oleh Ustazah Wan Hasrina Hassan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor bersama Pn. Nor Zarina Mohd Azhar Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dan Cik Robihah Sakhiyah Saadon Penolong Setiausaha 3 Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Menyerap dan menghayati ucapan utama Ketua Dewan Ulama Ustaz Rizuan Rahmat seterusnya ucapan Perasmian AJK PAS Pusat Yang Berbahagia Ustaz Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi yang begitu sarat dengan muhasabah peranan utama Ulama dalam menguruskan ummah muafakat terus menyuntik secara tidak langsung ilmu dan kefahaman tindakan dalam organisasi dan perjuangan kepada muslimat.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua saff kepimpinan Dewan Ulama PAS Negeri Selangor dan semua perwakilan dari seluruh kawasan Negeri Selangor.

Siruu Ala Barakatillah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor