Home Berita PAS Wilayah

MPP Sub Zon 2 Selami Keresahan Penduduk Sentul

1058
SHARE

MPP Sub Zon 2 Selami Keresahan Penduduk Sentu

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

BATU – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 Parlimen Batu baru-baru ini telah mengadakan pertemuan bersama pihak Madrasah Salaiyah Sentul yang sangat terkesan dengan projek pembinaan di kawasan tersebut.

Pertemuan yang diadakan itu adalah bagi melihat dengan lebih dalam tentang permasalahan yang dialami oleh penduduk di kawasan terbabit.

Pertemuan itu dihadiri oleh Pengerusi MPP Sub Zon 2 Parlimen Batu, Haji Abu Bakar Abd Rahman, Pengerusi Guaman PAS Kawasan Batu, Haji Nazrin Abu Bakar, Pengerusi Madrasah Salaiyah, Abdul Rahman Kader dan Setiausaha Persatuan Kebajikan Tahfiz Salaiyah Kuala Lumpur, Juisa Jakla.

Projek pembinaan di kawasan sekitar madrasah tersebut telah mengakibatkan masalah habuk, banjir kilat serta ancaman anjing liar kepada majoriti penduduk di situ.

Kewujudan anjing-anjing liar itu juga telah mengancam keselamatan penduduk setempat dan kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas agama dan solat berjemaah khususnya Subuh dan Isya’ di Madrasah Salaiyah.

Dinding-dinding yang dibina oleh syarikat pemaju itu juga telah menyekat aliran deras air hujan sekaligus menyebabkan banjir kilat sehingga paras lutut dan merosakan banyak harta benda lain di madrasah tersebut.

Laporan polis telah dibuat namun masih tiada tindakan lanjut yang diambil.

 

 

 

Besar harapan pihak madrasah agar perkara ini dapat dibawa ke pihak berkuasa bagi menjamin kesejahteraan penduduk setempat.