Home Berita PAS Selangor

LAMAN Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Komuniti Bawean adalah sebahagian daripada kita

666
SHARE

Bangi, Selangor | 20 Ogos 2020

PAS Bangi beserta rombongan beramah mesra dengan pimpinan KRT perumahan bertingkat Taman Setia, Taman Impian Ehsan, Balakong.

Majoriti penduduk di sana adalah masyarakat Bawean. Orang kita panggil ‘Boyan’.

Bawean adalah salah satu pulau di Jawa, Indonesia. Lama dahulu, berpuluh-puluh tahun sebelum Tanah Melayu merdeka, komuniti ini sudah berhijrah ke Tanah Melayu, sama seperti penghijrahan masyarakat Jawa, Acheh dan lain-lain.

Itulah masyarakat Tanah Melayu, rencam dan bercampur dengan lain-lain bangsa, termasuk daripada India, Turki, Arab dan lain-lain.

Kerencaman ini menunjukkan betapa negara kita sudah bertaraf internasional, terutama dalam zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, Kerajaan Islam Acheh dan Kerajaan Islam Uthmaniah.

Justeru, masyarakat Bawean bukanlah bangsa asing bagi negara ini.

Masyarakat Bawean adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia, tanpa ragu lagi.

Mereka adalah warganegara Malaysia, menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, mengundi dalam pilihanraya dan boleh menjadi pemimpin di semua peringkat masyarakat.

Oleh kerana mereka adalah sebahagian daripada kita, maka tidak wajar mereka dipinggirkan.

Inilah yang kami kongsikan kelmarin. Penegasan ini kami jelaskan demi menyampaikan hasrat parti PAS untuk menggabungkan semua pihak demi mencapai cita-cita perpaduan ummah, dan gagasan Melayu Raya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor