PROGRAM WALKABOUT MPP PEKAN BATU @ TAMAN RAINBOW
18 Ogos 2020 – Pagi ini Tn Hj Hishamuddin Ghazali selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 Pekan Batu telah mengadakan sesi pertemuan dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rainbow.
Dalam sesi dialog ini, banyak aduan dan luahan yang telah disampaikan oleh pihak KRT melalui Pengerusinya, Tn Govindasamy A/L Balaguru.
Perbincangan ini menyasarkan permasalahan-permasalahan dan juga cadangan-cadangan untuk kebaikan penduduk setempat seperti:
• Memasang hump/bumper
• Isu pecah rumah yang mengancam keselamatan
• Tiada papan tanda jalan
• Hampir 10 buah kereta tersadai yang ditinggalkan
• Masalah tanah pemilik yang tidak bertanggungjawab menyebabkan tanah menjadi terbiar dan mengakibatkan semak samun, kes denggi dan saluran perparitan terjejas
• Masalah musang liar dan ular yang berbahaya
• Cadangan menaiktaraf longkang di taman yang hampir 40 tahun
• Memohon lokasi baru di atas tanah DBKL bagi tujuan operasi pejabat KRT
Alhamdulillah Pengerusi dan Ahli MPP yang hadir telah mengambil perhatian dan insyaallah akan menyalurkan terus kepada pihak bertanggungjawab. Langkah memantau progress aduan juga akan dibuat dari semasa ke semasa.
Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi KRT, Setiausaha dan ahli jawatankuasa yang lain.
Selepas sesi dialog, Tn Hj Hishamuddin Ghazali dan ahli-ahli MPP dibawa meninjau kawasan yang dibincangkan untuk dilihat dengan lebih dekat.
Semoga dengan pertemuan sebegini memberi manfaat kepada semua pihak.
________
Sebarang aduan boleh disalurkan ke www.wasap.my/60193200481
Atau melalui Ahli-Ahli MPP Sub Zon 3 Pekan Batu.
Atau Send Message ke Page FB Majlis Perwakilan Perwakilan Penduduk Sub Zon 3 Pekan Batu MPPWP BATU
KLIK | LIKE | SHARE
https://www.facebook.com/641745256451620/posts/653566588602820/