Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor – Politik Islam Adalah Politik Yang Sangat Adil

351
SHARE

PAS bukan semata² parti politik, akan tetapi sebagai sebuah gerakan Islam yang meneruskan kerja yang telah dilakukan oleh para nabi dan Rasul.

Kerja yang paling besar adalah kerja Dakwah. Maka PAS membawa tajuk dakwah yang besar sejak ia ditubuhkan iaitu POLITIK ISLAM. Politik Islam yang syumul, Politik Islam yang lengkap dan sempurna..

PAS mengajak rakyat memahami politik Islam, samada ketika peperangan (demokrasi pilihanraya) ketika damai, ketika berdepan dengan orang islam mahupun bukan Islam. Politik Islam yang menyatukan umat Islam dan bukan Islam.

Politik yang mendahulukan perdamaian, membudayakan politik matang dan sejahtera. Berteraskan iman kepada Allah dan hari akhirat, ketakwaan kepada Allah dan adil untuk semua.. Politik yang mendapat pahala daripada Allah swt..

Mengalihkan duri di jalan pun dikira pahala oleh Allah, maka sudah pasti urusan untuk mendapatkan Islam di muka bumi Allah, urusan menyatukan umat Islam dan menegakkan keadilan Islam akan mendapat pahala disisi Allah..

Ayuh Pemuda kita bergerak dengan Politik Islam..

Hanif J
Politik Islam adalah politik yang adil..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DPPNS
#PemudaBangkitDemiIslam