Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Kali Ke 54 telah melabuhkan tirainya dengan penuh bersejarah dan kali ini kita laksanakan ia dalam keadaan norma baharu bagi mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh MKN.
Bagi Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor ia sudah dilazimi kerana kita sudah beberapa kali diberi tanggugjawab melaksanakan saringan dan kawalan SOP tersebut di majlis himpunan, pengurusan jenazah malah kawalan SOP solat Jumaat di beberapa Masjid. Namun dengan jumlah anggota pertugas yang dihadkan, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada sahabat yang tidak dapat bertugas kerana terpaksa kami berikan laluan kepada AJK Amal Negeri dan Amal Sungai Buloh sahaja.
Tahniah dan terima kasih buat semua yang bertugas, AJK Penitia termasuk team media Amal yang telah berjaya menyediakan Montaj perasmian dan Tribute buat julung kalinya untuk Muktamar DPPNS. Terima kasih kepada Pengarah Muktamar Ustaz Hanif yang telah memberi kepercayaan kepada kami sepenuhnya dalam menjayakan Keselamatan SOP PKP Muktamar ini.
Mewakili seluruh ALP dan AJK Amal Negeri Selangor, kami memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua perwakilan dan tetamu diatas segala tindakan dan peraturan yang tegas dan diperketatkan, namu ia dilaksanakan demi menjaga majlis dan nama baik Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor itu sendiri.
Tahniah buat semua anggota Amal kawasan yang telah nobatkan sebagai penerima Anugerah Amal Negeri Selangor tahun ini, begitu juga semua Amal kawasan yang lain yang saya kira semuanya ada kehebatan mereka tersendiri dan yang pasti setiap tahun akan ada peningkatan yang boleh dibanggakan.
ANUGERAH AMAL KAWASAN TERBAIK
Jabatan Amal Malaysia Kawasan BANGI
ANUGERAH AMAL KAWASAN CONTOH
Jabatan Amal Malaysia Kawasan HULU SELANGOR
ANUGERAH AMAL KAWASAN HARAPAN
Jabatan Amal Malaysia Kawasan AMPANG
Semoga ia dapat menaikan semangat juang dan kerja amal jamaie untuk terus istiqomah dalam lapangan Amal. Seeru ala Barakatillah buat semua anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
27 Zulhijjah 1441H | 17 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#BeramalKeranaAllah
#PemudaBangkitDemiIslam
#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor