Home Berita PAS Selangor

Bila MURABBI UMMAH Berbicara | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – Bila MURABBI UMMAH Berbicara – Siri 18

570
SHARE

Seseorang pemimpin hendaklah lebih mengetahui tentang mafhum Islam yang menjadi jalan dan matlamat perjuangannya sehingga tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan dalam menegakkan cita-cita Islam.

Perjuangan Islam bermula daripada mentauhidkan Allah SWT, mengumpul manusia kepada mengakui-Nya, sehinggalah tegaknya kalimah Allah SWT dan bersih bumi ini daripada segala kufur dan syirik dengan terlaksananya segala peraturan yang ada di dalam ajaran Islam.

Perlu difahami juga bahawa wujudnya Islam di muka bumi ini mestilah diwujudkan hakimiyyah Allah SWT dengan hukum Allah SWT itu memerintah urusan hambaNya, bukan sekadar hamba itu beribadah dengan melakukan syiar sahaja.

YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

27 Zulhijjah 1441H | 17 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor