Home Berita PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor – Jabatan Amal Gombak Bantu Kelancaran Program Lawatan Harian PAS Kawasan

606
SHARE

Gombak, Selangor | 12 Ogos 2020

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak dengan kekuatan 9 anggota telah bertugas mengawal keselamatan pimpinan, kawalan lalulintas serta pematuhan SOP dalam program Lawatan Jawatankuasa Harian Pas Kawasan Gombak ke Dun Sungai Tua semalam.

Dalam keadaan penularan wabak Covid 19 yang belum reda, pihak Jabatan Amal merasa bertanggungjawab untuk memastikan ahli-ahli PAS agar terus patuh terhadap SOP yang telah digariskan oleh MKN dan kerajaan dalam semua program Jemaah selaras dengan usaha pihak kerajaan mengekang penularan wabak yang mencetuskan pandemic di seluruh dunia ini.

Semoga disiplin ahli-ahli PAS dalam pematuhan SOP ini akan menjadi contoh yang baik buat rakyat Malaysia seluruhnya dan menjadi sebab negara Malaysia bebas dari penularan wabak ini.

Program lawatan Harian PAS Kawasan Gombak berjalan dengan lancar hingga habis.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#JabatanAmalMalaysiaGombak
#BeramalKeranaAllah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3503904276287393&id=450332874977897&sfnsn=mo