Home Berita PAS Selangor

“Deruman ARC” | Alternative Riding Club Selangor – Selamat Hari Belia Negara 2020

981
SHARE

Dua hari lagi kita akan menyambut Hari Belia Negara Tahun 2020.

Generasi belia kini perlu mendukung dan menghayati prinsip Rukun Negara bagi memastikan pemahaman terhadap falsafah itu diterapkan secara menyeluruh sekali gus membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat maju.

Belia juga merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan sesebuah negara. Ayuh menjadi belia yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa serta berakhlak mulia berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.

Mohd Zaidi Amin Mat Desar selaku Pengarah Alternative Riding Club (ARC) Selangor mewakili seluruh ahli ARC Selangor mengucapkan Selamat Hari Belia Negara Tahun 2020 kepada semua belia di Malaysia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

23 Zulhijjah 1441H | 13 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#ARCSelangor
#BeliaNegara
#Covid19
#KitaJagaKita