Oleh : Asiah Muhammad
12 Ogos 2020
BATU SAPI : PAS Batu Sapi telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Jafri Bin Zaimuddin, 108, seorang warga emas yang terlantar sejak enam bulan lepas.
Sumbangan yang diserahkan itu telah sempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu di Kampung Gas Tengah, semalam.
Kata Norsah, penyerahan sumbangan kebajikan ini bagi membantu meringankan beban Jafri dan keluarga sekaligus merupakan salah satu fokus gerak kerja bagi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan parti ini.
“PAS harapkan dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan pergerakan beliau dalam menjalani aktiviti seharian,” ujar Norsah yang juga Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi.
Hadir sama dalam misi kebajikan itu ialah Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Batu Sapi, Nur Izzati Yusof dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi.