Kapar, Selangor | 12 Ogos 2020
PAS Selangor dan PAS Kawasan Kapar mengucapkan takziah kepada tiga keluarga yang terlibat dengan musibah rumah terbakar pada petang semalam.
Kejadian berlaku di Lot 3476 Jalan Keretapi Lama Kampung Perepat Kapar. Mangsa yang terlibat ialah keluarga Azizah bt Abdul Karim, Fatin Nabilah bt Hashim dan keluarga sepupunya. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Rombongan dari pihak PAS diketuai Al Fadhil Us Noor Najhan Mohamad Salleh TPJ 2 PAS Selangor bersama Pimpinan Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kapar menziarahi mangsa di penempatan sementara.
Sumbangan diberikan kepada setiap keluarga dan didoakan mangsa yang terlibat sabar dan redha dalam ujian ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan