Pandan, Selangor | 10 Ogos 2020
PAS Kawasan Pandan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan kali ke 17.
Mesyuarat tersebu berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah. Suasana yang berbeza untuk mesyuarat agung kali ini disebabkan oleh wabak pendemik Covid-19.
Para perwakilan yang hadir diingatkan supaya mematuhi dan mengikut garis panduan SOP yang telah ditetapkan oleh panitia mesyuarat agung. Ini bagi mengelakkan kemungkinan terjadinya kebolehjangkitan diantara para perwakilan yang hadir. PAS Kawasan Pandan diterajui oleh Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pandan Kali Ke 17 dirasmikan oleh Yb Dato Dr. Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pandan berjalan dengan lancar dan baik hingga penghujungnya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan