You are guilty even though you are not found guilty
This is ‘Malaysian Laws’. You are guilty even though you are not found guilty yet.
Inilah ‘Undang² Malaysia’!
Baca ‘Undang² Malaysia’ : Undang² bagi rata² orang Malaysia. Bukan undang² bertulis bagi negara Malaysia yang merdeka. Bukan undang² Malaysia sebenar. Tetapi undang² yang dibuat oleh orang awam, berdasarkan persepsi semata².
Apabila PAS menegaskan ‘anda tidak bersalah melainkan anda sudah didapati bersalah’, ramai yang meleceh²kan penegasan PAS. Ramai yang menuduh PAS berat sebelah, memilih bulu, buta, pekak dan sebagainya.
Belajarlah.
Sebenarnya itulah yang diajar oleh Islam. Itulah juga yang dipegang oleh PAS.
Saya berikan dua dasar hukum Islam dalam konteks ini, bagi menjelaskan konsep ‘anda tidak bersalah melainkan anda sudah didapati bersalah’;
- Prinsip براءة الذمة
- Prinsip pembuktian bagi orang yang menuduh
Huraian:
- Prinsip الاصل براءة الذمة
Prinsip ini menegaskan bahawa semua warga adalah bersih daripada sebarang kesalahan jenayah. Apabila seseorang dituduh melakukan jenayah, beliau masih kekal bersih, melainkan mahkamah berpuashati dengan hujah dan bukti pihak pendakwa bahawa beliau benar² bersalah. Pembuktian tersebut pula gagal disangkal oleh orang yang dituduh, setelah diberi peluang seluas²nya untuk membela diri, di setiap peringkat mahkamah keadilan.
- Prinsip pembuktian bagi orang yang menuduh.
Prinsip ini pula adalah bagi tuduhan dalam kesalahan sivil. Prinsip ini terbit daripada hadith Nabi SAW; “jika dibiarkan sesiapa sahaja boleh menuduh, nescaya akan ada orang yang akan menuntut haknya ke atas seseorang yang lain begitu sahaja. Tetapi prinsipnya, seseorang yang menuntut hendaklah membawa bukti keterangan (bagi menyokong tuntutannya)”
لو يعطى الناس بدعواهم للدعى ناس دماء رجل ولكن البينة على المدعي
Insafilah.
Inilah di antara prinsip Islam dalam urusan keadilan.
Sebenarnya inilah juga prinsip undang² negara.
Dan inilah juga prinsip yang PAS pegang. Tidak berganjak.
PAS istiqamah dengan prinsip² keadilan, samada ketika PAS diheret ke mahkamah ataupun melihat orang lain diheret ke mahkamah.
Clear!
Foto : cebisan daripada berita yang dikeluarkan oleh the Malaymail
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan