Ikan sepat ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Mari bincang “Ketuanan Melayu”
Biarlah selamat di Hari Akhirat
Ketuanan Melayu bukan lah rasis
Seperti omokan mereka yang dengki
Membangun negara menjadi basis
Pelbagai bangsa menikmati rezeki
Rakyat kita kaya dan miskin
Bantu membantu gerak seiringan
Imanlah itulah menjadi pemangkin
Amal soleh menjadi bekalan
Setiap rumah ada tuannya
Yang datang pula bukan lah hamba
Juadah terbaik dikongsi bersama
Itulah dia yang diajar Agama
Pergi konvoi ke tanjung malim
Singgah lalu di Taman bunga
Bila ramai rakyat yang “Alim”
Membangun agama tugas bersama
Basah kuyup kena hujan
Dihadapi dengan penuh kesabaran
Sanggup menghadapi berbagai ujian
Daripada Al-Quran ambil pelajaran
Dalam Parlimen ada yang baran
Setiap pemimpin berjiwa rakyat
Daripada Al-Quran ambil pelajaran
Baru Melayu berpanjang hayat
Setiap pemimpin berjiwa rakyat
Ingat ikrar kita dalam solat
Dengat Islam darjat diangkat
Ketuanan Melayu gah dan hebat!
Balik ke rumah setelah penat
Bergerak bersama dengan sahabat
Bagaimana nak ummat selamat
Mungkar disekat, Syariat di angkat, Ulama Dinobat!
Allahuakbar!
Kredit tulisan :
Mohamad Ali Rajaiee Jamaludin
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
17 Zulhijjah 1441H | 7 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan