Lucu sekali pemikiran dibawah. tidak sangka diungkap oleh orang terpelajar. saya cuba memahami gerakan mereka yang menafikan ketuanan melayu. semua hujah mereka sangat tidak masuk akal.
Bila mengaitkan ketuanan melayu seakan menjadi perkara yang sangat alergik dikalangan mereka.
Paling lucu membuat perbandingan pada ketuanan pasti ada hamba. rigid sekali pemikiran mereka.
Soalan saya sekiranya pada rumah ada tuannya. Adakah setiap orang yang berkunjung menjadi hamba kepada tuan rumah? moga persoalan saya membantu cara berfikir Dr Harlina Halizah Siraj.
Perjuangan ketuanan melayu di negara ini tidak menafikan kebajikan, kemajuan ekonomi, pendidikan, pengunaan bahasa ibunda dan hak beragama kaum lain. Kaum yang minioriti menjadi golongan paling kaya di negara ini.
Kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
ingin saya berbahas lagi.
Sekian
Ustaz Muhamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
16 Zulhijjah 1441H | 6 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan