Oleh: Florinda Majid
29 Julai 2020
LAHAD DATU: PAS Lahad Datu meneruskan hasrat menjaga kebajikan rakyat dalam Misi Bantuan Asnaf yang dilaksanakan pada 28 dan 29 Julai 2020 sempena hari raya Aidiladha.
Sebanyak 50 keluarga asnaf berjaya diberi bantuan keperluan asas di sekitar daerah Lahad Datu.
Sumbangan disampaikan oleh Nizam Latuah, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu.
Beliau berkata, agihan sumbangan bertujuan membantu meringankan beban asnaf selain untuk meraikan mereka menyambut hari raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba.
Tambahnya, semoga sedekah yang disampaikan menjadi amal jariah yang akan menjadi bekalan di hari pembalasan kelak.
PAS Lahad Datu merakamkan jutaan terima kasih dan mendoakan kebaikan buat semua penyumbang kerana sudi menjayakan misi ini.