Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu hargai pengorbanan amilin

601
SHARE

Oleh: Florinda Majid
29 Julai 2020

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu melaksanakan ‘Misi Bantuan Amilin’ yang berlangsung pada 29 Julai 2020 di Bandar Sri Perdana, Taman Aman Jaya, Palm Height, Taman Warisan dan Tungku.

Misi tersebut dilaksanakan bertujuan menghargai pengorbanan semua Amilin yang menjadi petugas sepenuh masa PAS Lahad Datu.

Seramai 27 petugas tetap PAS dari kalangan guru termasuk staf PASTI dan SRITI telah menerima sumbangan berbentuk keperluan asas dan saguhati Aidiladha.

Sumbangan disampaikan oleh Nizam Latuah, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu.

Menariknya, para amilin juga turut melibatkan diri dalam membantu asnaf sekitar lahad datu dengan mengumpul sumbangan terbanyak dari orang ramai serta diagihkan kepada keluarga yang memerlukan pada 28-29 Julai 2020.

Para Amilin menyatakan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan daripada PAS Lahad Datu dan mendoakan semua penyumbang sentiasa dalam kebaikan.