Rata-rata membangkitkan bagaimana isu banjir di Selangor seakan tiada kesudahan. Hampir setiap hari “musim kini” akan dapati berita di kebanyakkan daerah dalam negeri Selangor menghadapi banjir.
Tidak terkecuali di DUN Sijangkang yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi. Satu-satunya ADUN Tunggal PAS di Selangor.
Dr Yunus hadir ke Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat untuk membincangkan beberapa alternatif kaedah penyelesaian banjir. Terutama di sekitar Jalan Kubur Telok Mengkuang dan perbincangan bersama ADO Pembangunan PTD Kuala Langat telah diadakan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
8 Zulhijjah 1441H | 29 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan