Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – USO : Hijrah Sama Dengan Pelarian Pemikiran Orientalis Barat

718
SHARE

“Orientalis Barat sahaja yang mengatakan HIJRAH Rasulullah SAW sebagai PELARIAN. Dari titik ini cukuplah kita memahami PEMIKIRAN dan pendekatan POLITIK PAN !” Itulah kalam Us Sukri Omar selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor.

Rata-rata umat Islam di Malaysia agak terguris dengan ungkapan perbahasan yang disampaikan dalam Sidang Parlimen oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB Mohamad Sabu yang juga merupakan Presiden PAN.

Sedar atau tidak, mengikut pandangan Us Sukri dengan menyamakan Hijrah Nabi SAW dengan pelarian adalah terpengaruh dengan bentuk pemikiran golongan Orientalis Barat yang cuba memburukkan Nabi SAW sebagai serangan mereka terhadap Islam. Jika benarlah YB Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya maka itulah pemikiran dan pendekatan PAN.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

7 Zulhijjah 1441H | 28 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan