Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Keyboard Dakwah Setiausaha Pemuda PAS Selangor Buat Para Da’ie Amilin Muda

514
SHARE

Uslub dakwah bermaksud metodologi berdakwah dengan menggunakan pelbagai pendekatan dalam usaha menarik golongan yang diseru kepada Islam. Islam ialah agama yang sempurna sebagai suatu cara hidup yang selaras dengan fitrah manusia.

Dr Fathi Yakan dalam kitabnya “كيف ندعو إلى الإسلام” “Bagaimana kita menyeru kepada Islam” Beliau menulis :

“Jalan Dakwah yang maksudnya kebijaksanaan Da’i mencari pintu yang memungkinkan ia dapat memasuki jiwa mad’unya sehingga ia berhasil meyakinkan mad’unya tentang kebenaran ajaran yang dikemukakannya itu dan dapat menarik mad’unya untuk turut bergerak… Seharusnya kita bertolak dari hukum hakam syara yang kita jadikan sebagai landasan dalam tindakan kita”

“usaha menarik perhatian ini merupakan langkah pertama, pengantar yang dikerjakan terlebih dahulu sebelum dimulai usaha meyakinkan mad’u tentang kebenaran Islam.. Malahan ia merupakan rangsangan pertama yang dimaksudkan untuk mempersiapkan akal dan jiwa mad’u dan kemudian bersedia menerima ajaran Islam itu”

“Gerakan Islam dapat menarik perhatian orang kepada Islam melalui celah² personalan hidup yang mereka hadapi, baik yang kecil ataupun yang besar. Apatah lagi kalau Da’i dapat menyelesaikan sesuatu persoalan yang penting dengan cara yang baik, terutama soal politik.. Kalau Da’i pandai memberi jalan keluar sesuai dengan ajaran Islam, maka penyelesaian itu akan menampakkan kepada masyarakat akan kekeliruan mereka”

Kepelbagaian method ini akan memberikan perkembangan yang baik dan positif terhadap perkembangan dakwah Islam..

” Matlamat tidak menghalalkan cara” namun selama mana ianya bertepatan dengan syariat dan kepatuhan agama maka ia seharusnya diteruskan dan didokong “Ingin mencapai matlamat bukan hanya dengan satu cara”

Hanif J
Engkau benar dan aku mungkin silap..

6 Zulhijjah 1441H | 27 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan