Hujan lebat melanda seluruh Lembah Klang petang ni. Kawasan Batu 8 Jalan Lama Gombak menjadi salah satu lokasi dinaiki air selepas hujan turun dengan lebat di sebelah petang tadi.
Amal Gombak yang masih dalam keletihan selepas terlibat secara langsung dengan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Gombak pada siang hari sehingga petang. Namun ketika mendapat laporan ada kawasan yang dinaiki air, Amal Gombak terus turun ke lokasi.
Seramai 10 anggota Amal Gombak turun untuk membantu rakyat. Kerja-kerja membantu mengangkat barang-barang rosak dan operasi membersih rumah mangsa dijalankan.
4 Zulhijjah 1441H | 25 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan