Oleh : Rusli Basri
25 Julai 2020
TAWAU : Demikianlah perasaan sebak dan terharu seorang penerima Pek Asnaf daripada PAS Cawangan Jalan Apas melalui Lajnah Kebajikan yang telah berlangsung pagi tadi di Kampung Batu 2 Jalan Apas.
PAS hari ini turun santuni 20 keluarga terpilih sekitar Kampung Batu 2 Jalan Apas yang mana program ini adalah program bulanan cawangan yang wajib dilaksanakan.
Menerusi program ini, golongan tersebut disantuni dengan sumbangan berupa barangan keperluan asas bagi meringankan beban kos hidup serta persiapan menjelang hari raya Aidiladha.
Sumbangan keperluan asas ini adalah hasil sumbangan daripada orang ramai dan ahli cawangan untuk diberikan kepada golongan asnaf sekitar Batu 2 Jalan Apas.
Turut hadir memberi sumbangan, Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Cawangan, Puan Juharia Haruna bersama jentera muslimat PAS Cawangan yang lain.