Home Kenyataan Media PAS Wilayah

SAMBUTAN JERUSALEM’S JUBILEE DI MELAKA WAJAR DIHARAMKAN

572
SHARE

Ameerah Wilayah Persekutuan mengutuk keras penganjuran Jerusalem’s Jubilee yang akan berlangsung di Melaka pada 15 – 18 Jun 2017 nanti.

Sambutan seperti ini adalah amat tidak wajar dan sepatutnya diharamkan penganjurannya di Malaysia yang majoriti penganutnya adalah Muslim, tambahan pula berlaku di Bulan Ramadhan. Bulan berkat ini tidak sepatutnya dicemari dengan sambutan kemenangan Israel yang merampas Kota Jerusalem daripada umat Islam sekian lama dahulu, yang kini diraikan juga oleh golongan Kristian Evangelis di Malaysia.

Ameerah Wilayah Persekutuan dengan ini menggesa kerajaan Negeri Melaka khususnya untuk mengharamkan sambutan tersebut dan menjaga sensitiviti masyarakat Islam di negara ini. Sambutan seumpama ini tidak wajar dibiarkan penganjurannya sedang nasib saudara Muslim kita di seantero dunia masih ditindas dan tidak terbela.

Sekian.

Memimpin Wanita Muda Membudayakan Politik Islam.

‘ATIKAH BINTI ABD RAHMAN
Pengarah Ameerah WP
5 Jun 2017
10 Ramadhan 1438H

{jathumbnail off}