BAGAN SERAI, 24/07/2020, 2.45pm-
Kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 9 pagi tadi di kampung Parit Dua, Jalan Kubu Gajah, Semanggol telah menghanguskan hampir keseluruhan isi dalaman rumah En. Shahrunizam Jamhari.
Shahrunizam yang merupakan anggota RELA sedang berkursus di Ijok bergegas pulang sebaik mendapat berita tentang kejadian dimana menurut laporan awal yang diterima punca kebakaran adalah dari gas memasak.
Sementara itu YB Tuan Hj Razman Zakaria yang menerima makluman tentang kejadian melalui Pegawai Pusat Khidmat ADUN gunung Semanggol segera memaklumkan Penghulu Mukim Semanggol Abdul Razak untuk bertemu keluarga terlibat.
Dalam pertemuan di tempat kejadian YB menyantuni keluarga tersebut dan menasihati agar bersabar menerima ketentuan.
YB segera menghulurkan sumbangan tunai peribadi kepada ketua keluarga En. Shahrunizam bagi meringankan beban dihadapi manakala bantuan dari agensi berwajib akan diusahakan pihak JSPK dan Penghulu. Sumbangan ‘kotak makanan’ berupa barang keperluan dapur turut disampaikan.
Kepada tuan/puan yang ingin menyumbang bagi meringankan bebanan dihadapi bolehlah menyumbang melalui kredit tunai ke akaun Maybank 158305277331 atas nama Shahrunizam Bin Jamhari.