Home Berita PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” – Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor : Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Berada Di Lokasi Tepat Pada WaktuNya

884
SHARE

Serdang, Selangor | 24 Julai 2020

Hari ini Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah memberikan rawatan awal melalui CPR oleh anggota Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang telah menyelamatkan nyawa salah seorang jemaah solat Jumaat yang tiba-tiba rebah dan pengsan di Masjid Kompleks Pertanian Serdang sebentar tadi.

Anggota Amal yang pada asalnya bertugas menjaga SOP solat Jumaat di Masjid tersebut, telah memberi bantuan awal sebelum ambulan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sampai.

Tahniah dan terima kasih kepada Ust Ashraul Fauzan Ketua Kor Medik dan Penyelamat JAM, bersama pegawai Madik JAMNS SN Hj Muhammad Khairi Shaharuddin, SN Ku Atif Ku Aziz dan MA Hafiz Shafiei kebetulan bertugas dan berada dilokasi kejadian yang segera membantu mangsa.

Makluman awal mangsa yang sudah berumur pada awalnya sudah kehilangan nadi dan kemudian melalui bantuan CPR dan bantuan pernafasan oksigen nadi beliau kembali sebelum kehadiran ambulan dan kini dikhabarkan stabil dan sudah menerima rawatan lanjut di Hospital Serdang.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

#BeramalKeranaAllah

#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor