Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media PAS Selangor – YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor : Bukan Sekadar Sumber Air Mentah

824
SHARE

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan mengalirkan sumber air mentah dari Empangan Kelau, Pahang yang menelan belanja RM 3.9 billion untuk meningkatkan ‘reserve’ air terawat 3.8% kepada 10% dan sumber air terawat 1,130 juta liter sehari menjelang 2023 di rancang oleh Kerajaan Selangor.

Bertepatan dengan perancangan dan saranan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) agar negeri yang banyak sumber air membantu negeri yang kurang dan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi mengatasi masalah sumber air mentah.

Di Selangor bukan hanya sekadar keperluan sumber air tetapi soal pengurusan air, kawalan pencemaran air dan juga perancangan pembangunan industri/fizikal. Pencemaran air yang tidak putus-putus adalah masalah utama pengurusan air dan ini harus ditangani oleh Kerajaan negeri secara yg lebih tuntas dan bersepadu.

Pengurusan sungai bagi kelestarian ekosistem sepatutnya dilihat secara serius oleh Kerajaan Negeri. Kita tidak mahu ekosistem sungai dan airnya di gugat oleh pembangunan. Jajaran Sungai Langat akan ada 3 pembangunan industri yang menggunakan sumber air sungai. 3 industri kitar semula kertas yang besar, Genting Sanyen-Kuala Langat Industrial Paper SDN BHD yang telah lama beroperasi, Best Eternity Recycle Tech SDN BHD yang telah mendapat kelulusan dan mula beroperasi dan Jingxing Holding (M) SDN BHD dalam peringkat utk kelulusan EIA.

Industri ini menggunakan jumlah air yang besar sebagai contoh Jingxing akan menggunakan air sungai berjumlah 42 MLD juta liter sehari dan mengalirkan semula ke dalam sungai 38 MLD. Pastinya air yang dialirkan semula akan tercemar sekiranya tidak dirawat dan dipantau dengan sempurna.

Akhirnya akan memberi kesan kepada ekologi dan kehidupan sungai. Paras air dihilir perlu di jaga dengan baik untuk mengekalkan kelestarian sungai, ekosistem dan kehidupan secara keseluruhannya.

2 Zulhijjah 1441H | 23 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan