Home Berita PAS Perak

YB Razman Meninjau Prasarana Perumahan Polis Daerah Kerian

810
SHARE

Image may contain: 2 people, people sittingBagan Serai – Pengorbanan pihak polis sangat besar kepada masyarakat dan negara malah sedia maklum tugas mereka semasa fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan, mereka semua berhujan panas menggalas amanah demi keselamatan rakyat khususnya negara tercinta.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol, YB Haji Razman Zakaria hari ini, sempat meninjau sekitar bagi melihat sendiri prasarana perumahan polis berkenaan semasa lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Beliau berharap agar pihak yang berkenaan dapat menyelengara serta dapat menaiktaraf dan membaikpulih jalan tar dikawasan tersebut disamping mengecat semula seluruh bangunan perumahan serta membaiki segara kerosakan pada siling kawasan luar bangunan yang disebabkan faktor usia dan cuaca.

Pihak polis merupakan barisan hadapan yang berkorban nyawa,tenaga dan harta demi mencegah dan memutuskan rangkaian pandemik wabak Covid-19 hingga ke hari ini, oleh itu kita perlu menghargai jasa  bakti mereka.

Image may contain: 4 people, people standing

YB Razman juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak (tiga, kiri)  sempat bergambar bersama Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob (dua, kiri)  bersama dengan pegawai kanan polis selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian hari ini.

Image may contain: 2 people, people standing