Shah Alam, Selangor | 20 Julai 2020
Pada hari Sabtu yang lalu rombongan Unit Kebajikan PASTI Negeri Selangor menziarahi keluarga salah seorang murid Pasti As Syakirin,Shah Alam. Adik Aleesya Zehra yang di timpa musibah melecur tahap 3 akibat terkena air panas ketika bercuti bersama keluarganya minggu lalu.
Seterusnya rombongan Unit Kebajikan PASTI Selangor tidak melepaskan peluang melawat Guru PASTI Khawarizmi yang ditimpa musibah dan terpaksa menjalani pembedahan kecil ditangan akibat terjatuh. Selain daripada itu juga rombongan berkesempatan menyantuni guru – guru PASTI Ikhwanul Muslimin, Kapar yang terkena tempias penularan pandemik wabak Covid-19 beberapa bulan yang lalu.
Semoga Allah S. W. T memberi kesembuhan kepada mereka semua. Sabar dan tabah menghadapi ujian dari Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan urusan harian.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MgpSelangor
#PastiSelangor
#KitaJagaKita