Home Berita PAS Perak

Jom Hadir Program Amal Turun Kampung | JAMN Perak

985
SHARE

Jom Hadir Program Amal Turun Kampung |JAMN Perak

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak (JAMNPk) akan menganjurkan satu Program Amal Turun Kampung peringkat negeri pada 25 Julai 2020 (Sabtu) bertempat di Lumut, DUN Pasir Panjang.

Program berbentuk gotong-royong yang bermula seawal 7.00 pagi itu bakal mengumpulkan anggota JAMNPk dari seluruh negeri Perak dan dijangka tamat pada 12.30 tengahari hari yang sama.

Antara lokasi yang dipilih adalah beberapa buah masjid, surau dan tanah perkuburan islam serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf sekitar Parlimen Lumut.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak, Tuan Abdul Karim Abdul Rasid, tujuan penganjuran program ini adalah bagi mendekatkan dan memperkenalkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) kepada masyarakat khususnya rakyat negeri Perak tentang gerak kerja dan bidang tugas dalam kerja kebajikan anggota JAM.

“Kami mahu memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama anggota JAM dengan masyarakat negeri Perak”,tambahnya lagi.

Melalui program ini juga, seluruh anggota JAM Negeri Perak khususnya Komandan JAM Kawasan bukan sahaja dapat turun bersama gotong-royong dengan tugasan yang diberikan malah dapat melatih diri supaya dapat menganjurkan program seperti ini dikawasan masing-masing secara berkala.

Beliau berkata, “Kami mahu anggota JAM Kawasan diterima seluruh masyarakat dalam bersama-sama melakukan kerja kebajikan tidak mengira latar belakang masyarakat negeri Perak yang berbilang kaum”.

Beliau turut menyeru seluruh anggota JAM Negeri Perak untuk hadir dan sertai program ini seramai yang mungkin.

Program ini bakal dijayakan dengan kerjasama dengan PAS Kawasan Lumut, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Lumut, Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut, dan penduduk sekitar lokasi berkaitan.

Sebarang maklumat boleh hubungan Komandan JAM Kawasan Lumut, Tuan Muazzam Hafiz Osman ditalian +60 17-532 5339

#BeramalKeranaAllah
#AmalTurunKampung
#JabatanAmalMalaysia