Kapar, Klang | 19 Julai 2020
Hari Ini Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Kapar telah mengadakan satu bengkel latihan penerangan dan media baru di Kawasan Kapar.
Program bengkel latihan berkenaan telah berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Islam An Najihin, Sementa. Banyak aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan kerana selain dapat saling bertukar – tukar buah fikiran, ianya juga dapat menjana lebih banyak idea – idea yang segar untuk disumbangkan.
Tujuan Bengel Latihan Penerangan ini diadakan supaya penyelarasan gerak kerja yang lebih tersusun dalam memberi penerangan pada rakyat berkaitan isu – isu semasa. Sasaran peserta untuk program kali ini adalah di kalangan Jentera Penerangan dan Media Baru JPRD dan JPRU.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Halim selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. semoga apa yang telah dirancang hari ini dapat di praktikkan untuk masa akan datang.
#PasSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3431319410212547&id=450332874977897&sfnsn=mo