Bangi, Selangor | 18 Julai 2020
Ada dua hari. Hari ini (Sabtu) dan esok (Ahad) di EVO Shopping Mall Bandar Baru Bangi. Acara ini bertujuan untuk mengisi tabung darah negara.
Umum mengetahui bahawa bekalan darah sangat perlu dipertingkatkan di sepanjang masa, demi membantu mereka yang memerlukan darah.
Siapa yang memerlukan darah? Ramai. Iaitu mereka yang kehilangan darah, seperti sakit, kemalangan jalan raya, bersalin dan banyak lagi.
Menderma darah bukan sahaja suatu sedekah malah suatu perjuangan yang luar biasa.
Program yang dianjurkan Jabatan Amal Selangor ini mendapat kerjasama Tabung Darah Negara. Alhamdulillah.
Seramai 120 orang sudah mendaftar awal secara atas talian, hadir seawal jam 10 pagi tadi. Ditambah dengan mereka yang hadir secara walk-in, menjadikan jumlah penderma darah semakin bertambah hari ini.
Tahniah kepada para penderma darah yang budiman, para petugas dari Tabung Darah Negara dan Jabatan Amal Negeri Selangor.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan