Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang perlimen beberapa hari yang lalu berkenaan persiapan menyiapkan kertas kerja cadangan perlaksanaan Pilihanraya PBT adalah suatu yang tidak relevan di laksanakan dalam kerajaan Pakatan Nasional hari ini.
Cadangan melaksanakan Pilihan Raya PBT ini digemburkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dulu. Ianya mendapat tentangan dari PAS dan UMNO kerana yang tersembunyi disebalik agenda mereka ialah memperkukuhkan kedudukan politik khususnya DAP. Adalah suatu yang tidak masuk akal apabila cadangan tersebut masih menjadi hasrat untuk dilaksanakan dalam kerajaan Pakatan Nasional hari ini.
PAS dan UMNO mengambil sikap “check and balance” bukannya “yes man” dalam membuat keputusan demi memastikan kestabilan politik negara walaupun cadangan tersebut disuarakan oleh menteri dari Perikatan Nasional.
Kerajaan Negeri adalah kerajaan yang terbentuk mengikut parti majoriti yang menang dalam pilihanraya yang dipilih melalui sistem demokrasi.
Ahli Majlis PBT pula dipilih oleh kerajaan negeri sebagaimana termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 maka di sana telah terlaksana sistem demokrasi.
Maka tujuan pelaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan untuk menyuburkan lagi demokrasi adalah tidak releven kerana sistem sedia ada telah pun melalui proses tersebut.
Selain tidak releven dengan tujuan tersebut, pilihanraya ini juga bakal menjadi satu pembaziran yang besar selain mampu memperkukuhkan kedudukan DAP melalui undi khususnya di PBT kluster bandar yang majoriti penduduknya adalah non-malay.
Gesaan tidak bersetuju pelaksaan Pilihanraya PBT ini juga turut mendapat persetujuan daripada Wanita Muafakat Nasional Selangor di dalam mesyuarat yang berlangsung kelmarin. Jagalah perpaduan yang dibentuk, bijak dalam bermuafakat dan bekerjasama dalam memakmurkan negeri dan negara.
Justeru, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor bertegas menolak Pilihanraya PBT selari dan selaras dengan perbahasan oleh Ahli2 Parlimen PAS di Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Wanita Muafakat Nasional Selangor
USTAZAH HJH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
18 Julai 2020 | 26 Zulkaedah 1441