Home Berita PAS Selangor

Wanita Muafakat Nasional Selangor tekad melakar kemenangan

979
SHARE

Dewan Selendang Kasih yang berwajah baru menyaksikan Wanita Muafakat Nasional Wanita terus memperkukuh ukhwwah dan kerjasama diperingkat negeri dan kawasan atau bahagian

Pembentukan Ahli Jawatankuasa Wanita Muafakat Nasional Selangor di peringkat negeri telah dibentuk sebelum negara dilanda Pandemik COVID19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Muslimat dan Wanita di kawasan/bahagian juga telah menyambut saranan untuk menstrukturkan Ahli Jawatankuasa Wanita Muafakat Nasional di kawasan/bahagian masing.

Kehadiran mesyuarat yang cemerlang daripada Ketua Muslimat Kawasan dan Ketua Wanita Bahagian dalam mesyuarat yang berlangsung kelmarin 17 Julai 2020, dilaksanakan dalam suasana mematuhi SOP yang digariskan. Pertemuan ini jelas menjadi petunjuk dan kayu ukur bahawa Wanita Muafakat Nasional Selangor bersedia menyusun aktiviti dan program bersama di peringkat negeri dan kawasan/bahagian.

Ustazah Wan Hasrina, Ketua Muslimat Selangor dalam ucapan aluannya membugarkan semangat perjuangan semua yang hadir dengan menyatakan Presiden PAS YB Tn Guru Hj. Abd Hadi Awang telah beri signal yang jelas untuk jentera membuat persiapan berhadapan PRU 15 yang dijangkakan tidak sampai 5 tahun lagi. Beliau turut menegaskan agar tidak ada kecelaruan dari individu yang boleh mencacatkan Perikatan Nasional sebaliknya perlu bermuafakat dalam menguruskan agenda negara.

YB Dato Rosni Sohar Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada semua pimpinan yang hadir kerana Selangor telah menjadi perintis dan model dalam agenda mewujudkan kerjasama Muafakat Nasional diperingkat muslimat dan wanita. YB Dato Rosni juga menyeru agar meneruskan perpaduan dan kebersamaan di dalam Muafakat Nasional untuk meraih kemenangan di semua kerusi yang diputuskan oleh pimpinan untuk bertanding.

Wanita Muafakat Nasional Selangor akan bersama bergandingan ke medan masyarakat dengan merangka pelbagai aktiviti tarbiyah, dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan.

Semoga usahasama dan kerjasama ini terus mendapat petunjuk dan hidayah serta inayah Allah sepertimana doa yang telah dibacakan oleh Pn Noraini Husin, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor di awal mesyuarat.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
“Islam Memimpin Perpaduan”

NOR ZARINA MOHD AZHAR
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

#MuafakatNasional
#PerikatanNasional
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan