Meru, Selangor | 18 Julai 2020
Hari ini telah diadakan Majlis Penghargaan kepada warga kerja Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Razi Meru yang terdiri daripada Ahli Lembaga, Majlis Latihan Perguruan, PIBG dan Guru Besar serta para pendidik.
Di dalam ucapan al fadhil Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh selaku Pengerusi Lembaga yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor menyebutkan sejak sekolah ditubuhkan tahun 1999 sehingga kini, masyarakat terus memberikan sambutan dan kepercayaan kepada SRII Ar Razi dalam mendidik anak-anak mereka.
Saban tahun pihak pengurusan terpaksa menolak hampir separuh permohonan baru memandangkan tempat yang terhad.
Moga warga SRII Ar Razi akan menjadi satu pasukan yang kuat untuk terus melaksanakan agenda pendidikan yang holistik.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MelahirkanAnakPintarSoleh
#PendidikanUntukSemua