Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu Siri 5 Ketua Dewan Ulama PAS Selangor – Siyasah Syar’iyyah : Politik Berpaksikan Syarak

627
SHARE

Politik Islam itu berasaskan Siyasah Syar’iyyah. Siyasah Syar’iyyah itu adalah gabungan Siyasah iaitu pentadbiran atau pengurusan, manakala Syar’iyyah itu Hukum Syara’.

Politik Islam bererti pengurusan & pentadbiran selari Hukum Syara’.

Berkata Imam Al-Ghazali Rhm, “…agama itu adalah asas, dan pemimpin itu penjaga. Sesuatu perkara yang tiada asas akan runtuh, dan sesuatu perkara yang tiada penjaga akan hilang”.

Atas asas inilah Politik Islam itu berkonsep Siyasah Syar’iyyah, iaitu politik berpaksi Syara’. Politik semata-mata tanpa panduan asas hukum, maka ia akan binasa. Begitulah juga Syara’ atau Agama sekalipun ia barang sangat berharga, jika tiada penjaganya maka ia akan dirampas dicuri, dilarikan oleh pihak lain.

Siyasah Syar’iyyah adalah satu bentuk tindakan yang diharuskan oleh Fuqaha’ kepada Ulil Amri atau pemerintah untuk tujuan mencapai maslahat tertentu sekalipun tindakan tersebut tiada dinyatakan secara jelas dalam nas Syara’. Sebagai contoh mekanisme melalui peraturan, hukuman dan undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah.

24 Zulkaedah 1441H | 15 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan