IPOH – 13 Julai 2020 – 4.00 Petang
Lawatan ke Pusat Persatuan Kesenian Sebastiar Perak yang terletak di Jalan Regat Tun Perak, Ipoh pada petang hari ini.
Merupakan pusat kesenian dan kebudayaan yang utama di bandaraya Ipoh dan negeri Perak, menempa pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Menyaksikan dengan lebih dekat suasana kebudayaan masyarakat India yang perlu dipertahankan demi keaslian dan tatapan buat generasi yang mendatang. Mula ditubuhkan pada tahun 1990 dan terus bertahan sehingga kini, memasuki usia 30 tahun, pelbagai tarian kesenian yang melambangkan identiti mereka terus kekal antaranya Tarian Kolattam dan Tarian Kuda.
Turut bersama En. Selvarajoo, Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kampung Simee dan Saudara Yougun A\L Mahalingam, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh serta komuniti India di sekitar Ipoh.