BAGAN SERAI, 12/07/2020, 6.30pm-
Tanah perkuburan merupakan satu keperluan demi menunaikan tuntutan fardu kifayah bagi masyarakat Muslim.
Susulan daripada itu pihak Masjid Jamek Bagan Serai telah menambah sebuah kawasan untuk dijadikan tapak perkuburan muslim bertempat di Jalan Matang buluh.
Demi merealisasikan hasrat tersebut kawasan tapak yang rendah perlu ditinggikan dengan menambak Tanah Merah di kawasan tapak yang digazetkan bagi mengelakkan masalah-masalah berkaitan pengebumian.
Mengambil tanggungjawab bersama dalam tuntutan fardu kifayah tersebut YB Tuan Haji Razman Zakaria berbesar hati menyerahkan sumbangan kepada timbalan pengerusi masjid Hj. Mohd Saad Hashim yang disampaikan di tapak perkuburan tersebut.
Turut hadir YDP PAS Kawasan Bagan Serai Tn. Hj. Abdul Aziz Majid
YB RAZMAN SUMBANG PENAMBAKAN TAPAK PERKUBURAN MUSLIM BAGAN SERAIBAGAN SERAI, 12/07/2020, 6.30pm-Tanah perkuburan …
Posted by Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol on Monday, July 13, 2020