YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor
Terus Patuhi SOP, Sambut Saranan DYMM Sultan SelangorTerus Patuhi SOP, Sambut Saranan DYMM Sultan Selangor
Rakyat di negeri Selangor khususnya diharapkan untuk terus mematuhi SOP yang digariskan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020. Walaupun dalam tempoh PKPP pergerakan semakin bebas dan longgar namun ia bukan dijadikan alasan untuk rakyat cuai dan mengabaikan SOP yang digariskan.
Kesedaran dan kebiasaan sepanjang tempoh PKP sebelum ini bermula 18 Mac sehinggalah fasa PKPP ini mestilah dijadikan tabiat dalam sosial kehidupan khususnya memakai pelitup muka di tempat awam, memastikan penjarakan sosial, menjaga kebersihan di tahap yang tinggi dan lain-lain.
Adalah dimaklumi, bahawa negeri Selangor adalah lebih kompleks dari sudut populasi yang ramai serta terdiri dari kepelbagaian kaum malahan menjadi negeri tumpuan pencarian punca pendapatan dari seluruh negara. Atas faktor sedemikian, negeri Selangor lebih memerlukan perhatian dan kesedaran lebih tinggi agar tidak berulang kes positif yang melibatkan pandemik COVID-19.
Begitu juga negeri Selangor seperti yang diketahui umum merupakan “negeri foreigner” mencari rezeki. Kebanjiran warga asing dipelbagai sektor memerlukan perhatian. Rakyat Selangor perlu menjadi pendidik kepada warga asing untuk terus patuh pada SOP kerana wujud juga kluster dari pekerja asing.
Disebabkan itu, kita dapat perhatikan pembukaan kehadiran solat berjemaah Jumaat dan fardhu di masjid dan surau dalam negeri Selangor adalah lebih cermat dan berperingkat-peringkat berdasarkan perkembangan semasa yang semakin baik.
Aktiviti di luar rumah sama ada ke pejabat, riadah di taman, membeli belah di kedai atau pasaraya serta bersukan yang dalam kategori dibolehkan, pastikan pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik. Kecuaian dan sikap sambil lewa boleh mengakibatkan penularan pandemik COVID-19 berulang kembali dan pastinya akan lebih memburukkan dan membebankan kehidupan.
Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menjunjung titah DYMM Sultan Selangor atas kebimbangan ini. Kami mengharapkan kerjasama dari semua pihak khususnya rakyat negeri ini untuk menyambut baik titah DYMM Sultan Selangor agar terus menjaga dan mematuhi SOP. Apatah lagi mengenangkan jasa dan pengorbanan pihak petugas barisan hadapan sebelum ini yang telah bertungkus lumus sepanjang PKP menangani pandemik COVID-19 ini.
18 Zulkaedah 1441H | 8 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
KENYATAAN MEDIA PAS SELANGORYB Dato Dr Ahmad Yunus HairiPesuruhjaya PAS Selangor Terus Patuhi SOP, Sambut Saranan…
Posted by PAS Selangor on Wednesday, July 8, 2020