Alternative Riding Club (ARC) Selangor menganjurkan konvoi bermotorsikal pasca PKP COVID-19 melawat beberapa buah Pondok pengajian dan bertemu para alim ulama.
Konvoi ARC ini turut disertai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Us Hanafi Zulkapli bersama pimpinan pemuda yang lain. Turut serta dalam konvoi tersebut Tuan Haji Mohd Diah Baharom YDP PAS Kota Raja.
Konvoi anjuran ARC tu menjadikan Pondok Nur Hikmah Matang Beruas dan Pondok Qiam Batu Hampar milik Tuan Guru Sidek Noor sebagai destinasi.
Aktiviti yang dimuatkan dalam konvoi bukan hanya semata-mata memenuhi masa lapang dan aktiviti permotoran tetapi diselit dengan kalam taujihat dari alim ulama dan menziarahi pondok pengajian Islam yang dikendalikan oleh para murabbi.
#PasSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#ArcSelangor
Konvoi ARC Selangor Menyantuni Warga Pondok Dan Alim UlamaAlternative Riding Club (ARC) Selangor menganjurkan konvoi…
Posted by PAS Selangor on Saturday, July 4, 2020