Barisan Nasional hari ini telah mengumumkan calon dari anak muda tempatan untuk mewakili BN serta Muafakat Nasional pada PRK N23 Chini di Dewan Bangunan UMNO Pekan.
Turut hadir daripada PAS ialah Ir Hj Khiril Nizam Khairudin Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Rosli Abdul Jabbar Pesuruhjaya PAS Pahang, Semua ADUN PAS Pahang serta kempimpinan Pemuda PAS Negeri Pahang.
PAS hadir sebagai tanda sokongan dan insya Allah akan terus membantu bagi mengekalkan kerusi Dun Chini yang sebelum ini milik BN/Muafakat Nasional.
PAS juga insya Allah akan bekerja membantu jentera di semua peringkat bagi memenangkan calon BN ini.
Beliau ialah Mohd Sharim Md Zain yang merupakan. Anak peneroka Felda Chini 3.
–Calon BN PRK DUN Chini
–Mohd Sharim Md Zain
-Umur 41 tahun
-Anak peneroka (generasi ke 2)
-Alamat: Felda Chini 3
-Pendidikan: SPM, Sekolah Menengah Chini
-Isteri: Norhiliyana Abd Hamid
-Anak 5 org
-Adik beradik 5 org
-Pekerjaan: Usahawan / Peniaga
-Pernah menjadi Pegawai kpd Arwah YB DS Abu Bakar Harun ADUN Chini
-Pernah menjadi Pegawai Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia MBFM
-Hadir pelbagai kursus kepimpinan
-Kini AJK UMNO Bhg Pekan
-Naib Presiden Majlis Belia Pahang
-Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan (42 persatuan belia Felda)
Prk ini adalah merupakan prk pertama selepas terbentuk kerjaan Perikatan Nasional di peringkat pusat. Semoga Dun Chini N23 kekal menjadi milik Muafakat Nasional.