Home Berita PAS Wilayah

PAS Bandar Tun Razak hulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Sri Pulau Pinang

729
SHARE

PAS Bandar Tun Razak hulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Sri Pulau Pinang

Oleh: Cahaya Syuhada’

17 Jun 2020, Sri Pulau Pinang – PAS Bandar Tun Razak (BTR) melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Bandar Tun Razak (LKKPBTR) berkesempatan menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Pulau Pinang yang telah mengakibatkan 3 buah rumah hangus terbakar pada petang 13 Jun yang lalu.

Kejadian itu menyebabkan 3 keluarga kehilangan tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang kerana kesemua rumah musnah sama sekali. Kini kesemua mangsa di tempatkan sementara waktu di Dewan Komuniti Sri Pulau Pinang yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ziarah Kasih siang tadi diketuai oleh Ketua LKKPBTR Saudara Khairul Jefferi, wakil AJK PAS BTR Saudara Sajahan dan AJK PAS cawangan Sri Pulau Pinang. Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS BTR (DMPBTR), Dr Rosni Adam serta AJK DMPBTR dan Ketua Dewan Pemuda PAS BTR (DPPBTR), Ustaz Khair serta AJK DPPBTR.

PAS BTR menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan asas dapur kepada ketiga-tiga keluarga. Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

Ketika sesi ziarah kasih itu, Dr Rosni Adam yang juga merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) turut memberi sedikit ucapan mewakili semua entiti PAS BTR. Semoga dengan sedikit ucapan itu dapat menjentik motivasi buat mangsa terlibat.

Dikesempatan ini PAS BTR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang ke tabung ‘Sumbangan Derma Kilat’. Semoga Allah SWT mengganjari dengan segala kebaikan buat semua.

#ZiarahKasih
#DermaKilat
#RingankanBebanMereka
#PASBTR
#LajnahKebajikanKemasyarakatanPASBTR