Home Berita PAS Pusat

Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan

2917
SHARE

Islam memerintahkan supaya terus memelihara hubungan berbilang bangsa mahupun kaum etnik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah surah Al-Hujarat ayat 13 yang bermaksud,

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah-mesra antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu.”

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Pesta Keaamatan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya.

‘PAS Untuk Semua’
‘Islam Memimpin Perpaduan’