Home Berita PAS Sabah

Meneruskan misi bantuan di sepuluh akhir Ramadan

1167
SHARE

Oleh: Juliana Hamid

21 Mei 2020 | 28 Ramadan 1441h

KUNAK: PAS Kunak semakin giat mengagihkan sumbangan bekalan bahan mentah kepada golongan asnaf di sekitar Daera Kunak dibawa misi ‘Semarak Kasih Ramadhan 3.0’ di sini semalam.

Naib Ketua Muslimat, Maimunah Mahmud berkata, agihan sumbangan diberikan kepada 23 buah keluarga asnaf yang masing-masing dari perkampungan peladang Daerah Kunak, Kampung Simpang 4, Kampung Kunak Jaya, Kampung Getah, Kampung Jaya Baru dan Kampung Pangkalan.

Katanya, PAS Kunak telah membuka tabung kutipan sumbangan bermula pada awal bulan ramadan tahun ini bagi menjayakan misi SKR 3.0 sekaligus dapat meneruskan tradisi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Walaupun kita sedang berdepan dengan cabaran wabak covid-19, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus menjayakan misi SKR 3.0 tahun ini”, tambahnya lagi.

PAS Kunak merakamkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dalam usaha membantu golongan yang lebih memerlukan.

Misi SKR 3.0 kali ini mendapat kerjasama daripada Muslimat PAS Cawangan Pekan Kunak dan Mostyn serta para amilin PAS Kunak yang terdiri daripada guru PASTI dan guru SRITI.

Turut hadir mengagihkan sumbangan, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Cawangan Mostyn, Siti Rahima dan beberapa orang ahli Muslimat PAS Kunak.